Mengenai Saya
Jumaat, 27 Mac 2009
Terima Kasih Semua
Isnin, 16 Mac 2009
AGM UMNO 2009: Warkah Dari Ahmad Darus
Semoga Allah menghadirkan ilham untuk saudara membuat pilihan yang terbaik.
Saudara yang dikasihi;
Salam Perjuangan.
Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kerana dipilih menerajui kepimpinan pemuda dan menjadi perwakilan bahagian masing-masing.
Sesungguhnya peluang yang diberikan ini merupakan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu kita laksanakan. Selepas pilihanraya 2008, senario politik negara khususnya UMNO amat berbeda berbanding sebelum ini. Pilihan rakyat menampakkan perubahan keyakinan dan kepercayaan rakyat di lihat berbelah bagi.
Jesteru itu, proses pemilihan kepimpinan UMNO pelbagai peringkat tahun ini sentiasa dilihat bukan sahaja dikalangan ahli UMNO, tetapi yang lebih penting dilihat rakyat seluruhnya. Rakyat ingin melihat siapa pemimpin yang dipilih.
Pastinya, satu faktor penting yang dinilai oleh rakyat ialah siapa pemimpin yang dipilih. Oleh sebab itu, tanggungjawab kita kali ini amat penting dan cukup berat. Sama-samalah kita membuat pilihan yang terbaik.
Bersama-sama ini, disertakan nukilan buku kecil untuk dikongsi bersama. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan sentiasa di bawah keredhaan Allah S.W.T.
Ikhlas,
Dato’ Ahmad Bin Darus
Rabu, 25 Februari 2009
UMNO Kepala Batas buat laporan polis terhadap Johari
Laporan itu dibuat oleh Setiausaha UMNO bahagian itu, Datuk Ahmad Darus di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini kira-kira pukul 10 pagi.
Dalam laporannya, Ahmad mendakwa kenyataan Johari seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian semalam sebagai tuduhan yang tidak berasas dan berunsur fitnah.
"Tuduhan ini dibuat tanpa asas yang kukuh kerana pihak pengurusan ada membuat bayaran cukai taksiran kepada MPSP setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Turut mengiringi beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas, Zabariah Abdul Wahab dan beberapa ahli UMNO bahagian itu.
Johari dalam laporan akhbar tersebut dipetik sebagai berkata, Wisma UMNO Kepala Batas kini mempunyai tunggakan cukai mencecah RM100,000 dan bakal disita oleh MPSP jika gagal membuat bayaran.
Selain itu, Johari yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa bangunan itu turut menempatkan pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
Ahmad mendakwa, kenyataan Johari itu bukan sahaja mencemarkan imej Perdana Menteri tetapi turut memberi gambaran negatif terhadap kredibiliti UMNO bahagian itu.
Menurutnya, berdasarkan rekod di pejabat MPSP, pihak pengurusan Wisma UMNO itu tidak pernah gagal membayar cukai taksiran sebanyak RM1,848 setahun sejak bangunan tersebut siap dibina pada tahun 2004.
"Kalau cukai taksiran setahun hanya RM1,848, bagaimana Johari boleh menyatakan Wisma UMNO Kepala Batas tidak menjelaskan cukai sehingga RM100,000.
"Jadi kita minta Johari buat penjelasan berhubung kenyataan beliau dan kami tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah jika terbukti ia satu tuduhan yang tidak berasas," katanya.
Mencari Pemimpin Muda Berkualiti: Pendahuluan
Isu pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat tidak ada kesudahan perdebatannya. Amatlah mustahil sesebuah masyarakat boleh wujud tanpa adanya pemimpin. Pembicaraan awal tentang perkara ini telahpun disentuh oleh ahli falsafah Greek, Plato dalam karya klasiknya ‘Republic’. Beliau menyarankan hanya golongan bijak pandai yang layak diberikan
Mencari Pemimpin Muda Berkualiti
15
amanah untuk memimpin. Ajaran Kung Fu Tze pula mengarah kepada usaha melaksanakan pemerintahan yang stabil dengan pemimpin dan pengikut memahami fungsi masing-masing.
Para pemikir yang lain pula berpandangan, asas yang paling selamat untuk menilai pemimpin dan kepimpinan ialah dengan melihat perwatakan mereka. Adakah kualiti keperibadian, sahsiah dan akhlaknya cukup kuat? Kata-kata yang dikotakan, pidato yang hebat dan diyakini kepimpinannya lebih penting dari timbunan wang atau harta kekayaan. Penilaian yang objektif ke atas kualiti pemimpin tercapai apabila individu berkenaan mampu menunaikan tugas dan amanah yang dimandatkan di bahunya. Persoalannya, apakah kriteria itu diambil kira sepenuhnya dalam menentukan pemilihan seseorang pemimpin di Malaysia baik dalam Pertubuhan Belia ataupun parti politik?. Sebenarnya, seorang pemimpin bukan setakat berkebolehan, berpendidikan dan diterima rakyat, akan tetapi harus mempunyai prinsip perjuangan yang jelas lagi tegas. Sejarah tamadun manusia membuktikan ramai pemimpin agung dunia dikenang sehingga kini kerana upaya mereka memiliki prinsip perjuangan tulen dan tidak mudah terpesong sama ada akibat sogokan wang ringgit atau harta yang menimbun. Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela termasuk dalam kategori ini, kerana mereka rela dipenjara semata-mata mempertahankan prinsip yang dipegang.
Mencari Pemimpin Muda Berkualiti : Ciri Kepimpinan Pemimpin Pelapis
Isunya ramai pemimpin yang hanya berupaya menunjukkan kebolehan kepimpinan kepada pucuk pimpinan di atas, tetapi gagal meyakinkan rakyat di bawah. Golongan ini dilantik ke jawatan tertentu kerana ikatan rapat dengan pemimpin di atas bukan atas kehendak dan populariti di kalangan rakyat bawahan. Fenomena ini melahirkan jenis pemimpin yang disebut artificial. Pemimpin terbaik ialah mereka yang mempunyai kedua-dua ciri iaitu disukai pimpinan atasan dan mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat bawahan.
Pemimpin yang ulung dan berjaya ialah mereka yang mampu meninggalkan impak yang besar kepada rakyat meskipun sudah tiada. Pemimpin kategori ini ialah pemimpin sejati, tahan lasak,
tahan lama atau durable dari segi khidmat dan jasanya. Dari sudut tren melahirkan pemimpin, ia diinstitusikan lazimnya melalui parti politik dominan yakni UMNO. Namun, ramai juga yang terlebih dahulu dilahirkan melalui organisasi belia sebelum menyambung bakatnya dalam parti politik seperti UMNO. Dalam erti kata lain UMNO dilihat antara ‘grooming place’ untuk melahirkan pimpinan pelapis demi survival negara, atas dasar UMNO adalah parti dominan dalam kerajaan. Justeru itu, selama mana UMNO terus menjadi tulang belakang, mereka yang bercita-cita mahu menjadi pemimpin harus melalui tarbiyah dan proses dalam parti ini.
Tidak boleh dinafikan bahawa survival negara pada masa hadapan bergantung kepada barisan kepimpinan pelapis yang ada pada hari ini.Walaupun kebanyakkan dari mereka memiliki latarbelakang pendidikan yang baik dan terdiri dari golongan professional, faktor itu harus diimbangi dengan pengalaman dan latihan menahan cabaran kepimpinan. Ini bermatlamat ke arah penyesuaian diri dan tahan diuji. Ironinya pemimpin yang berjaya adalah dari kalangan mereka yang punyai sifat pragmatisme. Barisan pemimpin pelapis di Malaysia juga harus lebih bersedia, cekal dan tabah memandangkan gambaran masa hadapan yang bakal mendepani mereka sukar dijangkakan. Pimpinan muda hari ini menghadapi isu bentuk baru, cabaran semasa yang jauh berbeza dengan pimpinan terdahulu.
Isu-isu perjuangan terdahulu seperti soal kemiskinan, pembangunan, perpaduan, bahasa dan agama tetap menjadi