Mengenai Saya

Foto saya
Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia

Rabu, 25 Februari 2009

Mencari Pemimpin Muda Berkualiti: Pendahuluan

Siapakah pemimpin dan apakah definisi tepat untuk merujuk maksud pemimpin? Ramai penulis beranggapan, pemimpin orang yang berpengaruh serta keupayaan untuk mencari pengikut. Insan seperti Adlof Hitler, Mao Tze Tung, Mahatma Gandhi, Winston Churchill, Martin Luther King, Nelson Mandela dan John F. Kennedy kesemuanya adalah pemimpin. Namun nilai dan kemampuan kepimpinan adalah berbeza antara satu sama lain. Dalam Islam, semestinya Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin unggul yang wajib dijadikan ikutan.
Isu pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat tidak ada kesudahan perdebatannya. Amatlah mustahil sesebuah masyarakat boleh wujud tanpa adanya pemimpin. Pembicaraan awal tentang perkara ini telahpun disentuh oleh ahli falsafah Greek, Plato dalam karya klasiknya ‘Republic’. Beliau menyarankan hanya golongan bijak pandai yang layak diberikan
Mencari Pemimpin Muda Berkualiti
15
amanah untuk memimpin. Ajaran Kung Fu Tze pula mengarah kepada usaha melaksanakan pemerintahan yang stabil dengan pemimpin dan pengikut memahami fungsi masing-masing.
Para pemikir yang lain pula berpandangan, asas yang paling selamat untuk menilai pemimpin dan kepimpinan ialah dengan melihat perwatakan mereka. Adakah kualiti keperibadian, sahsiah dan akhlaknya cukup kuat? Kata-kata yang dikotakan, pidato yang hebat dan diyakini kepimpinannya lebih penting dari timbunan wang atau harta kekayaan. Penilaian yang objektif ke atas kualiti pemimpin tercapai apabila individu berkenaan mampu menunaikan tugas dan amanah yang dimandatkan di bahunya. Persoalannya, apakah kriteria itu diambil kira sepenuhnya dalam menentukan pemilihan seseorang pemimpin di Malaysia baik dalam Pertubuhan Belia ataupun parti politik?. Sebenarnya, seorang pemimpin bukan setakat berkebolehan, berpendidikan dan diterima rakyat, akan tetapi harus mempunyai prinsip perjuangan yang jelas lagi tegas. Sejarah tamadun manusia membuktikan ramai pemimpin agung dunia dikenang sehingga kini kerana upaya mereka memiliki prinsip perjuangan tulen dan tidak mudah terpesong sama ada akibat sogokan wang ringgit atau harta yang menimbun. Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela termasuk dalam kategori ini, kerana mereka rela dipenjara semata-mata mempertahankan prinsip yang dipegang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan