Mengenai Saya

Foto saya
Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia

Rabu, 25 Februari 2009

UMNO Kepala Batas buat laporan polis terhadap Johari

UMNO Bahagian Kepala Batas hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim mengenai tunggakan cukai taksiran bangunan Wisma UMNO di sini yang didakwa mencecah RM100,000.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha UMNO bahagian itu, Datuk Ahmad Darus di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini kira-kira pukul 10 pagi.

Dalam laporannya, Ahmad mendakwa kenyataan Johari seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian semalam sebagai tuduhan yang tidak berasas dan berunsur fitnah.

"Tuduhan ini dibuat tanpa asas yang kukuh kerana pihak pengurusan ada membuat bayaran cukai taksiran kepada MPSP setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Turut mengiringi beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas, Zabariah Abdul Wahab dan beberapa ahli UMNO bahagian itu.

Johari dalam laporan akhbar tersebut dipetik sebagai berkata, Wisma UMNO Kepala Batas kini mempunyai tunggakan cukai mencecah RM100,000 dan bakal disita oleh MPSP jika gagal membuat bayaran.

Selain itu, Johari yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa bangunan itu turut menempatkan pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.

Ahmad mendakwa, kenyataan Johari itu bukan sahaja mencemarkan imej Perdana Menteri tetapi turut memberi gambaran negatif terhadap kredibiliti UMNO bahagian itu.

Menurutnya, berdasarkan rekod di pejabat MPSP, pihak pengurusan Wisma UMNO itu tidak pernah gagal membayar cukai taksiran sebanyak RM1,848 setahun sejak bangunan tersebut siap dibina pada tahun 2004.

"Kalau cukai taksiran setahun hanya RM1,848, bagaimana Johari boleh menyatakan Wisma UMNO Kepala Batas tidak menjelaskan cukai sehingga RM100,000.

"Jadi kita minta Johari buat penjelasan berhubung kenyataan beliau dan kami tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah jika terbukti ia satu tuduhan yang tidak berasas," katanya.

1 ulasan:

  1. Pemuda UMNO dituduh mengugut dengan peluru dan dibilang ‘celaka’.

    Mana-mana Pemuda, kiranya bertembung dengan Karpal, pasti menuntut kenapa tanpa soal-siasat, di Dewan Rakyat di mana semua sebutan dirakam dalam “Hansard”, Pemuda UMNO dituduh bukan-bukan dan digelarnya ‘celaka’.

    Mungkinkah ada yang sabar kiranya Karpal di depan mata? Ada. KP2 UMNO Selangor yang berdepan Karpal hari itu MEMOHON penjelasan dengan hormat kepada Karpal sebagai orang tua & Pengerusi DAP.

    Namun KP2 ini kini dicela. Tidak lagi. Kita pertahankan nama baik kawan2 di Selangor melalui http://www.thoughtsintangents.blogspot.com dan http://www.lattsharizan.com

    BalasPadam